|
|
|
|
|
 |
 |
| IN THE NEWS |
Tukar status sebahagian tanah pertanian
Tuesday May 15, 2012
ALOR SETAR 14 Mei - Kerajaan Pusat disaran mempertimbangkan untuk membebaskan sebahagian kecil daripada tanah yang diwartakan sebagai tanah pertanian menjadi tanah industri bagi meningkatkan pembangunan industri di negeri ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, negeri Kedah telah berkorban untuk rakyat negara ini dengan membenarkan penggunaan tanah yang cukup luas untuk penanaman padi.
"Kedah terpaksa menggunakan tanah yang begitu luas untuk menghasilkan padi yang pulangannya tidak begitu tinggi dan ia menyebabkan usaha pembangunan negeri sedikit terbantut.
>> more
|
| |
Mukhriz bidas sikap angkuh kerajaan Pas Kedah
Monday May 14, 2012
ALOR SETAR 13 Mei - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir membidas kerajaan Pas Kedah kerana terus bersikap angkuh terhadap krisis kewangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dan keputusan mahu merobohkan Madrasah Salihiah di sini.
Tegas beliau, kerajaan negeri sepatutnya lebih sensitif terhadap keperluan rakyat dan tidak bertindak seolah-olah mahu melanggar hak rakyat dalam isu-isu terbabit.
"Contohnya dalam projek pembinaan sebuah pusat beli-belah Aman Central di sini yang telah mendapat banyak protes daripada semua pihak dan sepatutnya ia boleh diatasi dengan baik.
>> more
|
| |
Aktiviti menarik pada Karnival Usahawan bermula Khamis
Monday May 14, 2012
ALOR SETAR 13 Mei - Orang ramai diundang memeriahkan Karnival Usahawan bersempena sambutan Hari Belia 2012 peringkat negeri di pekarangan Stadium Darul Aman yang berlangsung selama dua hari mulai Khamis ini.
Program anjuran Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah dan Jabatan Belia dan Sukan negeri itu menyediakan sebanyak 200 gerai jualan dan pameran oleh usahawan belia, agensi kerajaan serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dijadual merasmikan karnival pada Khamis ini manakala Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum pula akan merasmikan Hari Belia peringkat negeri pada 19 Mei ini.
>> more
|
| |
| |
| |
| BLOG-BLOG MENARIK |
Mukhriz: MAS Dan AirAsia Perlu Terus Maju
Saturday May 05, 2012
JERLUN -- Pembatalan pertukaran saham antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia tidak seharusnya menjadi sebab bagi kedua-dua syarikat itu untuk tidak bekerjasama kerana persaingan sebenar adalah di peringkat antarabangsa.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, kedua-dua syarikat perlu terus maju dan wajar berkongsi sumber kerana bidang perniagaan penerbangan melibatkan perbelanjaan yang besar.
>> more |
| |
|
|
|
|
|