UTAMA   KENALI MUKHRIZ   VISI   AKTIVITI TERKINI   BLOG-BLOG MENARIK
Thursday, 09 September 2010
Will the U.S. fall into a double-dip recession?


MEDIA PETIKAN BERITA | SIARAN AKHBAR | UCAPAN
<September 2010>
SuMoTuWeThFrSa
2930311234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293012
3456789
PETIKAN BERITA

Thursday February 25, 2010

Cadangan Untuk Model Ekonomi Baru Perlu Dikemuka Secepat Mungkin

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Sebarang cadangan untuk memantapkan lagi model ekonomi negara yang baharu perlu dikemukakan secepat mungkin kepada Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) sebelum diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhir Mac ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Mukhriz Mahathir berkata pihak kerajaan melalui MPEN sentiasa terbuka untuk mendapat maklum balas daripada semua pihak.

"Kita sentiasa terbuka untuk mendapat maklum balas daripada semua pihak tapi kita faham Perdana Menteri dijangka mengumumkan model ekonomi baru ini akhir bulan depan.

"Oleh sebab itu, sudah tentu pihak MPEN memerlukan masa untuk menyiapkannya (jadi) kita minta supaya sebarang cadangan dapat dikemukakan secepat yang mungkin," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog antara wakil-wakil persatuan, dewan-dewan perniagaan, pihak MITI dan pihak MPEN.

Sesi dialog itu, yang dihadiri lebih 70 orang itu, dipengerusikan oleh Pengerusi MPEN Tan Sri Amirsham A. Aziz.

Dalam sesi itu juga, pihak MPEN juga turut menjelaskan keadaan ekonomi semasa kepada 40 wakil persatuan dan dewan perniagaan.

"Sesi ini diadakan supaya pihak MPEN mendapat maklum balas secara langsung daripada dewan-dewan perniagaan, pertubuhan yang mewakili golongan bumiputera sebelum model ekonomi baru dilancarkan.

"Kita telah mengumpul banyak usul-usul melalui memorandum dan sebagainya daripada pelbagai pihak dan kita telahpun kemukakan kepada pihak MTEN tetapi kita rasa lebih wajar kalau Tan Sri Amirsham sendiri dengar daripada mereka," kata Mukhriz.

Model ekonomi baru yang disediakan oleh MPEN itu difahamkan akan dibentangkan kepada kabinet bulan ini.

-- BERNAMA

Source: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=478118