UTAMA   KENALI MUKHRIZ   VISI   AKTIVITI TERKINI   BLOG-BLOG MENARIK
Thursday, 09 September 2010
Will the U.S. fall into a double-dip recession?


MEDIA PETIKAN BERITA | SIARAN AKHBAR | UCAPAN
<September 2010>
SuMoTuWeThFrSa
2930311234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293012
3456789
PETIKAN BERITA

Saturday February 20, 2010

MEB beri pertimbangan sewajarnya kepada bumiputera

ALOR SETAR 20 Feb. – Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bulan hadapan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada kaum bumiputera, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata, pertimbangan itu sejajar dengan dasar yang telah digunakan sebelum ini khususnya Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Saya telah menerima banyak kunjungan daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang mewakili pelbagai sektor dan industri yang telah menyampaikan rasa bimbang bahawa Model Ekonomi Baru itu nanti begitu terbuka sehingga mengurangkan peluang kepada pengusaha-pengusaha bumiputera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Perdana Pembangunan Insan di Dewan Sekolah Kebangsaan Langgar, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, dalam mana-mana dasar, kerajaan pasti akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada semua pihak.

"Kerajaan tidak akan melancarkan sebuah dasar baharu yang bertentangan dengan perlembagaan dan perkara ini perlu dinyatakan dengan jelas supaya rakyat khususnya kaum bumiputera tidak bimbang dengan akan apa yang bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri kelak,” tambahnya lagi.

Mengulas tentang DEB, Mukhriz berkata, masyarakat perlu sedar walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaannya, DEB telah terbukti berjaya membasmi kemiskinan, mengimbangi dan menyamaratakan peluang untuk setiap lapisan masyarakat tidak mengira kaum. – Bernama

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0220&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm&arc=hive