UTAMA   KENALI MUKHRIZ   VISI   AKTIVITI TERKINI   BLOG-BLOG MENARIK
Thursday, 09 September 2010
Will the U.S. fall into a double-dip recession?


MEDIA PETIKAN BERITA | SIARAN AKHBAR | UCAPAN
<September 2010>
SuMoTuWeThFrSa
2930311234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293012
3456789
PETIKAN BERITA

Thursday February 11, 2010

MITI: BCorp Boleh Pohon Lesen Keluar Kereta Model 1.8 L Ke Atas

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Berjaya Corporation Bhd (BCorp), yang berhasrat menubuhkan kilang pengeluaran kereta di Malaysia boleh memohon lesen pengeluaran bagi model kereta dengan kapasiti 1.8 liter ke atas, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.

BCorp dan pengeluar kereta dari China, BYD Co Ltd, baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman untuk membangunkan model satu liter pemanduan sebelah kanan F0 BYD Auto bagi pasaran Malaysia dan Asean.

Kerajaan Malaysia menarik balik pembekuan lesen pengeluaran kereta bagi model 1.8 liter ke atas dalam semakan semula Dasar Automotif Nasional, yang diumumkan akhir tahun lepas.

"Dasar Automotif Nasional itu sangat jelas. Asalkan ia model 1.8 liter ke atas, kami akan menimbangnya secara positif dan mereka boleh memohon bagi kereta yang memenuhi kriteria tersebut," katanya kepada pemberita di sini, pada Khamis.

Terdahulu beliau menyaksikan permeterian perjanjian pengurusan dan penjenamaan antara Ascenteus Holdings Sdn Bhd, Davanam Constructions Sdn Bhd dengan GHM Ltd.

Pengarah Eksekutif BCorp Datuk Francis Lee baru-baru ini berkata BCorp "bersedia untuk berbincang dengan kerajaan Malaysia bagi memohon lesen pengeluaran kereta" dan berharap kerajaan akan dapat menerima idea itu.

-- BERNAMA

Source: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=475163