UTAMA   KENALI MUKHRIZ   VISI   AKTIVITI TERKINI   BLOG-BLOG MENARIK
Thursday, 09 September 2010
Will the U.S. fall into a double-dip recession?


MEDIA PETIKAN BERITA | SIARAN AKHBAR | UCAPAN
<September 2010>
SuMoTuWeThFrSa
2930311234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293012
3456789
PETIKAN BERITA

Thursday February 11, 2010

Vila ultra mewah RM13.6j di Bandar Enstek

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Ascenteus Holdings Sdn. Bhd. (Ascenteus) dan Davanam Contructions bakal membangunkan kelab desa ikonik GHM (General Hotels Management) dan vila ultra mewah di Bandar Enstek dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.2 bilion.

Pengarah Urusan Ascenteus, Faizan Khan berkata, vila yang ditawarkan pada harga antara AS$3 juta hingga AS$4 juta (RM10.2 juta - RM13.6 juta) disasarkan kepada golongan kaya warga asing.

Projek terbaru di Bandar Enstek itu membabitkan kawasan seluas 80 hektar dengan pembinaan 120 buah vila berkepadatan rendah serta keluasan binaan 12,000 hingga 15,000 kaki persegi.

Faizan berkata, projek yang membabitkan tiga fasa itu akan dimulakan pada suku ketiga tahun ini dengan pembinaan 40 buah vila dan kelab desa ikonik GHM dan baki 40 buah lagi pada fasa ketiga.

''Kami percaya kelab desa GHM dan vila di Bandar Enstek ini akan menjadikan projek GHM paling berprestij di Malaysia,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Majlis menandatangani perjanjian pengurusan dan penjenamaan antara dua pemaju dan GHM itu disaksikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Bandar Enstek merupakan projek bandar baru seluas 2,046.4 hektar yang dibangunkan oleh TH Properties dengan nilai pembangunan kasar RM9.2 bilion.

Pengarah Urusan Davanam, Harish Davanam berkata, projek pembangunan itu akan memberi definisi baru terhadap kehidupan mewah antarabangsa.

Tambah beliau, projek itu dijangka siap menjelang 2014 akan dibiayai sepenuhnya oleh pelaburan asing melalui dana hutang dan ekuiti swasta.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Zaharuddin Saidon berkata, projek ultra mewah itu merupakan penglibatan pertama kontraktor luar untuk menyegerakan lagi pembangunan di Bandar Enstek.

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm