Thursday February 11, 2010
Oleh AINUL ASNIERA AHSAN ainul.ahsan@utusan.com.my
|
| DAN: Tiada pengecualian |
|
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Syarikat pembuat kereta asing yang merancang untuk mendirikan kilang kereta di negara ini perlu mematuhi Dasar Automotif Negara (DAN).
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kementeriannya sama sekali tidak akan melonggarkan syarat-syarat yang telah dibuat dalam DAN.
"Tidak ada sebarang pengecualian dan semua pihak yang mahu membuat kilang pemasangan di Malaysia harus mematuhi peraturan sedia ada," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perancangan Berjaya Corporation Bhd. (BCorp) dan pembuat kereta China, BYD Auto Company Ltd. yang mahu mendirikan kilang pemasangan model satu liter pemanduan sebelah kanan BYD Auto untuk pasaran Malaysia dan ASEAN.
Bagaimanapun, model kereta yang akan dibangunkan itu bertentangan dengan DAN yang membenarkan syarikat luar mendirikan kilang bagi model kereta 1.8 liter atau lebih.
Sebelum ini, Pengarah Eksekutif BCorp, Datuk Francis Lee berkata, pihaknya akan menemui kerajaan Malaysia bagi memohon lesen pembuatan kereta di sini.
Mengulas mengenai itu, Mukhriz berkata, beliau tidak tahu sama ada kementeriannya sudah menerima permohonan tersebut atau tidak.
Beliau yang ditanya mengenai cadangan Dewan Perindustrian dan Perdagangan Cina Malaysia (ACCIM) supaya mengawal eksport China tidak melebihi 10 peratus, beliau berkata: "Kita telah menandatangani perjanjian Zon Dagangan Bebas China-ASEAN (Cafta) dan perlu mematuhi perjanjian yang dibuat,".
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm
|
|