UTAMA   KENALI MUKHRIZ   VISI   AKTIVITI TERKINI   BLOG-BLOG MENARIK
Tuesday, 07 September 2010
Will the U.S. fall into a double-dip recession?


MEDIA PETIKAN BERITA | SIARAN AKHBAR | UCAPAN
<September 2010>
SuMoTuWeThFrSa
2930311234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293012
3456789
PETIKAN BERITA

Friday February 05, 2010

From Alan Ting
Umno Tidak Pernah Tolak Adakan Perbincangan Dengan Pembangkang

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Umno tidak pernah menolak untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti politik pembangkang dalam membincangkan isu-isu agama Islam, menurut dua orang pemimpin tertinggi Umno.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sekiranya pemimpin PAS memperlihatkan kewarasan politik ini, Umno mengalukan-ngalukan dan bukan dengan emosi politik yang boleh menyelesaikan segala masalah.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Juara Rakyat Parlimen Bagan Datoh di sini, Jumaat.

Beliau mengulas cadangan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam yang mahukan Umno dan PAS duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berharap sikap keterbukaan Nik Aziz ini berterusan dan diikuti oleh pengikutnya dengan tidak lagi mengeluarkan kenyataan melalut yang boleh menjurus kepada perpecahan ummah.

Di KUALA TERENGGANU, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata cadangan PAS untuk bekerjasama dengan Umno diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata cadangan itu bukanlah yang pertama kali diusulkan parti pembangkang tersebut tetapi ia sering gagal mencapai keputusan yang diharapkan.

"Terpulang kepada pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk dipertimbangkan cadangan itu. Tetapi jika ada sinar harapan perpaduan dan semangat berbaik antara dua parti Melayu terbesar ini, maka yang untungnya adalah semua rakyat Malaysia," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini.

Menurutnya sebelum ini, PAS pernah mengemukakan cadangan kerajaan perpaduan yang disambut baik oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Tetapi apabila cadangan tersebut dibawa berbincang dengan DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) sudah tentulah mereka tidak bersetuju. Jadi lebih baik jika PAS berbincang dengan Umno dan BN.

"Sebelum ini juga pintu dialog terbuka sekali lagi apabila Datuk Nik Aziz setuju untuk kerajaan Kelantan berbaik dengan kerajaan pusat tetapi kemudiannya tidak setuju. Kita menjadi keliru dan adakah PAS hanya bermain politik," katanya.

Ahmad berkata cadangan itu akan timbul setiap kali pakatan pembangkang kelihatan berpecah. Di JITRA, Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Umno sudah lama terbuka untuk berunding dengan PAS dan sentiasa mengalu-alukan sekiranya parti itu ingin mengadakan perbincangan terutama sekiranya ia demi kepentingan rakyat.

"Kalau serius, kita boleh berunding kerana tidak mahu lagi masa terbuang dengan pertikaian politik, saya menyokong politik nurani, tak sokong politik retorik dan emosi sebab kita nak bangunkan negara.

"Saya secara peribadi menyokong kerajaan perpaduan dan perkara ini (rundingan) penting dilaksanakan demi menjuarai rakyat," katanya kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah di daerah Kubang Pasu di Kodiang, dekat sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang turut berada pada majlis yang sama berharap hasrat Pas itu bukanlah 'omong kosong' semata-mata.

"Sebenarnya saya pun agak keliru kerana soal ini (rundingan) sudah lama dibangkitkan... kita semua juga maklum, sebelum ini ada antara pemimpin dalam Pas dikenakan tindakan disiplin kerana bercakap soal ini, siap diadakan mesyuarat agung khas untuk bincang tindakan yang akan dikenakan kepada mereka.

"Tapi saya harap apa yang dia (Nik Aziz) kata bukan omong kosong dan kalau serius serta ikhlas, kita akan tetap melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat," katanya.

Di ALOR SETAR, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata cadangan Menteri Besar Kelantan itu adalah satu isyarat bahawa pemimpin Pas kini telah hilang kepercayaan dengan pakatan DAP dan PKR.

Khairy berkata, setelah sekian lamanya Nik Aziz tidak mahu langsung berbincang dengan Umno, kini beliau sendiri telah membuat pelawaan dan Umno berharap ia adalah pelawaan yang benar.

"Kita sememangnya bersedia untuk berbincang dengan Pas mengenai perpaduan dan kita mahu perbincangan diperluaskan kepada semua kaum, bukan dengan Melayu dan soal Islam sahaja," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran pendaftaran ahli baru Umno yang bertemakan "Umno Pilihanku".

Beliau berkata, Pemuda Umno telah pernah mengambil langkah untuk berbincang dengan Pas mengenai isu perpaduan ummah semasa idea itu dilontarkan oleh presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

-- BERNAMA

Source: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=473714