Thursday February 11, 2010
|
| Kerajaan Akan Selesaikan Kebimbangan Tentang Limpahan Barangan China Di Malaysia |
|
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Kerajaan sedang mencari penyelesaian terbaik tentang kebimbangan pengilang berhubung peningkatan barangan import buatan China ke Malaysia. "Kami memahami kebimbangan mereka dan sedang mencari penyelesaian terbaik bagi masalah ini," kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir kepada pemberita di sini pada Khamis. Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang cadangan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) agar Malaysia mengenakan had kepada pengimportan barangan buatan China yang kini mula membanjiri pasaran selepas perlaksanaan Perjanjian Dagangan Bebas China-Asean pada 1 Jan. Mukhriz sebelum ini menyaksikan pemeteraian perjanjian pengurusan dan penjenamaan antara Ascenteus Holdings Sdn Bhd, Davanam Constructions Sdn Bhd dan GHM Ltd. Presiden ACCCIM Tan Sri William Cheng berkata ramai pengilang kini mula mengalami kesukaran selepas kebanjiran barangan China dan mencadangkan agar satu usul dibuat kepada Menteri Perdagangan China untuk menyelaraskan jumlah eksport. Beliau mencadangkan China meningkatkan eksport tahunannya kepada negara Asean, hanya sebanyak 10 peratus daripada eksport tahun lepas. -- BERNAMA
Source: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=475103
|
|