UTAMA   KENALI MUKHRIZ   VISI   AKTIVITI TERKINI   BLOG-BLOG MENARIK
Tuesday, 07 September 2010
Will the U.S. fall into a double-dip recession?


MEDIA PETIKAN BERITA | SIARAN AKHBAR | UCAPAN
<September 2010>
SuMoTuWeThFrSa
2930311234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293012
3456789
PETIKAN BERITA

Saturday February 06, 2010

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI dan MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my
Permulaan dekati rakyat

JERLUN 6 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak andaian bahawa pelancaran Program Juara Rakyat peringkat negeri Kedah di kawasan parlimen Jerlun hari ini sebagai menandakan bahawa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pemilihan Jerlun sebagai permulaan pelancaran program mendekati rakyat hanya kebetulan dan ia adalah cadangan UMNO Kedah.

"Tak ada, kebetulan sahaja pilih Jerlun.., pengurusan parti (UMNO) minta supaya kita turun ke negeri-negeri dan bila diserahkan kepada perhubungan negeri (UMNO Kedah), kawasan ini dipilih," katanya selepas merasmikan Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang, di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO mengulas ketika ditanya desas-desus mengenai persiapan awal Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya kecil di DUN Kota Siputeh berdasarkan tumpuan penuh parti berkenaan di kawasan itu dengan penganjuran pelbagai program kebelakangan ini.

Bagaimanapun, kata beliau, UMNO telah lama bersedia menghadapi sebarang kemungkinan untuk pilihan raya tetapi menyerahkan keputusan itu kepada mahkamah.

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm