UTAMA   KENALI MUKHRIZ   VISI   AKTIVITI TERKINI   BLOG-BLOG MENARIK
Tuesday, 07 September 2010
Will the U.S. fall into a double-dip recession?


MEDIA PETIKAN BERITA | SIARAN AKHBAR | UCAPAN
<September 2010>
SuMoTuWeThFrSa
2930311234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293012
3456789
PETIKAN BERITA

Saturday February 06, 2010

Bukan tujuan politik semata-mata

ALOR SETAR - Program Juara Rakyat yang dianjurkan bukan untuk tujuan politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) semata-mata tetapi medium mendekatkan diri dengan rakyat di peringkat akar umbi, kata Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan tujuan sebenar program itu mencapai sasarannya dan beliau sendiri akan memastikan rakyat mendapat pembelaan walaupun di negeri yang ditadbir pembangkang.

“Saya yakin walaupun negeri ini di bawah pentadbiran Pas tetapi rakyat dapat membuat perbandingan bagaimanakah cara pentadbiran yang dilaksanakan.

“Apa yang mahu saya lihat adalah ahli UMNO akan dapat berganding bahu untuk menterjemahkan kepada rakyat mengenai program Juara Rakyat yang mengambil kira kebajikan dan ekonomi rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan program Juara Rakyat peringkat Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, semalam.

Muhyiddin berkata, program yang melibatkan semua kaum itu akan membuktikan kepada rakyat bahawa BN tidak pernah membezakan parti dalam menangani masalah dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, perhatian yang diberikan terhadap kebajikan dan ekonomi rakyat di negeri ini melalui program Juara Rakyat diharapkan dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada BN yang seterusnya membuatkan rakyat Kedah akan sentiasa memberi sokongan kepada BN.

Muhyiddin berkata, sektor pendidikan juga akan diberi perhatian di negeri ini bagi membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan bukan sahaja memfokuskan kepada sekolah di bandar malahan sekolah di luar bandar.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, tumpuan di bidang pendidikan ini bukan sahaja diberikan kepada 20 sekolah berprestasi tinggi (SBT) malah tumpuan yang sama juga diberikan kepada sekolah lain.

"Permohonan untuk mendirikan sekolah Agama di Parlimen Jerlun akan diberi perhatian dan dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10)," katanya.

Source: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6766959.asp