UTAMA   KENALI MUKHRIZ   VISI   AKTIVITI TERKINI   BLOG-BLOG MENARIK
Tuesday, 07 September 2010
Will the U.S. fall into a double-dip recession?


MEDIA PETIKAN BERITA | SIARAN AKHBAR | UCAPAN
<September 2010>
SuMoTuWeThFrSa
2930311234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293012
3456789
PETIKAN BERITA

Tuesday January 26, 2010

A&E Group sasar pendapatan RM30j

A&E Group, pengeluar produk sistem lapisan antihakisan Enviropeel dan Alocit, menyasarkan peningkatan pendapatan kepada RM30 juta tahun ini daripada RM20 juta pada 2009, dibantu beberapa kontrak jangka panjang yang diraihnya.

Ketua Eksekutif Kumpulannya, Arthur Haycox, berkata syarikat memperoleh beberapa kontrak bernilai antara RM200,000 hingga RM7 juta untuk membantunya menjana pendapatan selesa untuk sekurang-kurangnya hingga 2012.

Katanya, syarikat yang mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dengan pendapatan RM2 juta pada awal penubuhannya, hingga kini mengekalkan pertumbuhan dua angka setiap tahun.

"Kami juga yakin mampu meraih pendapatan mencecah RM75 juta menjelang 2012," katanya selepas perasmian ibu pejabat A&E Group oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir di Shah Alam, semalam.

Hadir sama Pengerusi A&E Group, Mazlan Abd Majid.

A&E ditubuhkan pada 2005 adalah syarikat Malaysia yang mengeluar dan mengedarkan sistem lapisan anti hakisan Enviropeel dan Alocit.

Source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Ekonomi/20100126003324/Article/index_html