UTAMA   KENALI MUKHRIZ   VISI   AKTIVITI TERKINI   BLOG-BLOG MENARIK
Tuesday, 07 September 2010
Will the U.S. fall into a double-dip recession?


MEDIA PETIKAN BERITA | SIARAN AKHBAR | UCAPAN
<September 2010>
SuMoTuWeThFrSa
2930311234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293012
3456789
PETIKAN BERITA

Monday January 25, 2010

A&E Group Sasar Pendapatan RM30 Juta Tahun Ini

SHAH ALAM, 25 Jan (Bernama) -- A&E Group, pengeluar sistem dan penyalutan anti-pengaratan, menjangka mampu meningkatkan pendapatannya kepada RM30 juta tahun ini daripada RM20 juta pada tahun 2009, kata ketua pegawai eksekutif kumpulan Arthur Haycox pada Isnin.

Menurut beliau, sasaran itu boleh dicapai berdasarkan kepada tempahan kontrak yang diterima syarikat pada masa ini.

"Kami telah berkembang tahun demi tahun daripada pendapatan berjumlah RM2 juta sejak empat hingga lima tahun lepas kepada pendapatan dua digit pada masa ini. Tempahan yang kami ada sekarang boleh membantu merangsangkan pendapatan sehingga 2012," kata beliau kepada pemberita selepas perasmian ibu pejabat baharu syarikat di Glenmarie di sini.

Haycox berkata syarikat juga telah menetapkan sasaran untuk mencapai pendapatan RM75 juta dalam tempoh dua tahun ini.

A&E pada masa ini mempunyai tempahan antara RM200,000 dan RM7 juta, kata beliau.

Ibu pejabat merangkap kilang pengeluaran bernilai RM30 juta itu mempunyai keupayaan menghasilkan enam mesin seminggu berbanding dua mesin sebulan di kilang sebelum ini, kata Haycox.

Kemudahan baharu itu akan menampung rantaian nilai yang lengkap aktiviti-aktiviti untuk A&E dan pelanggannya dalam lingkungan Asia Pasifik, termasuk perkhidmatan pengguna, jualan, latihan menerusi akademi pengajaran, pusat penyelidikan, reka bentuk, ujian dan pembuatan.

"Kami telah melabur dalam teknologi dan membelanjakan kira-kira 30 peratus daripada perbelanjaan modal tahunan kami dalam penyelidikan dan pembangunan," kata beliau.

Produk syarikat telah mendapat pengiktirafan dalam pembangunan penyalutan anti karat mesra persekitaran untuk kegunaan di atas dan bawah dasar air.

Penggunanya termasuklah Shell, BHP Bilition, Petronas, ConocoPhilips, US Army Corps of Engineers dan Tenaga Nasional Bhd.

A&E mempunyai kepentingan langsung di Australia, Eropah dan Amerika Syarikat dengan kira-kira 85 peratus produknya untuk eksport.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, yang merasmikan ibu pejabat A&E itu berkata yang perniagaan seharusnya menggunakan teknologi untuk memaksimumkan sumber dan mencari jalan baharu untuk meminimumkan kesan ke atas persekitaran.

Beliau berkata National Association of Corrosion Engineers telah menganggarkan sebanyak sehingga 40 peratus kos pengaratan boleh dijimatkan dengan penggunaan teknologi yang betul.

-- BERNAMA

Source: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=470901