UTAMA   KENALI MUKHRIZ   VISI   AKTIVITI TERKINI   BLOG-BLOG MENARIK
Tuesday, 07 September 2010
Will the U.S. fall into a double-dip recession?


MEDIA PETIKAN BERITA | SIARAN AKHBAR | UCAPAN
<September 2010>
SuMoTuWeThFrSa
2930311234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293012
3456789
PETIKAN BERITA

Tuesday January 19, 2010

Oleh Zainab Mohd Yatim
zmy@bharian.com.my
Dagang.net yakin terajui ASW

DAGANG Net Technologies Sdn Bhd (Dagang.Net), pengendali tetingkap tunggal kebangsaan (NSW) bagi dagangan elektronik (e-dagang), yakin bakal menerajui penggunaan rumusan itu di Asean menerusi pelaksanaan tetingkap tunggal Asean (ASW).

Pengerusinya, Datuk Syed Muhamad Syed Abdul Kadir, berkata ketika ini Malaysia adalah satu-satunya negara Asean yang sudah melaksanakan e-dagang menerusi sistem dikenali sebagai ‘myTradeLink’ dengan meluas.

“Kami sudah diminta Sekretariat Asean di Jakarta untuk mengemukakan model NSW bagi menghubungkan komuniti perniagaan antara negara Asean.

“Kami yakin pendekatan urus niaga ini akan diterima pakai dalam tempoh 18 bulan dari sekarang sebelum pelaksanaan sepenuhnya dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun akan datang,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Sidang Kemuncak Persepakatan Asia Eropah Untuk Perdagangan Tanpa Kertas (Aseal) Kelima, oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, pelaksanaan urus niaga ASW juga perlu mendapat persetujuan negara Asean terbabit dan setiap negara perlu melaksanakan domain myTradeLink sendiri.

Ketika ini hanya Indonesia, Filipina, Brunei, Thailand dan Singapura yang sudah memulakan penggunaan e-dagang walaupun pelaksanaannya belum meluas, manakala Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam belum memiliki kemudahan berkenaan.

MyTradeLink yang diperkenalkan September tahun lalu bertujuan membolehkan penyaluran data dan maklumat secara cekap dan selamat bagi mempercepatkan kelulusan kastam, mengurangkan kos dan tempoh menunggu daripada tiga hari kepada hanya satu setengah hari.

Antara perkhidmatan yang ditawarkannya termasuk pengisytiharan kastam, pembayaran duti, elektronik, permit dan pensijilan asal keutamaan elektronik.

Sistem myTradeLink juga adalah sebahagian daripada perkhidmatan pemudah cara elektronik Sistem Maklumat Kastam-Dagang.Net atau e-permit yang diperkenalkan pada 1989.

Kini e-permit dihubungkan kepada 454 buah stesen kastam di seluruh negara dan telah memproses 275 juta transaksi dokumen elektronik dan mengendalikan bayaran cukai sebanyak RM1.8 bilion setahun.

Dari segi pendapatan, Syed Muhamad berkata, Dagang.Net yang memproses 120,000 dokumen elektronik sehari, dijangkakan meraih pendapatan lebih tinggi daripada RM65 juta yang diperoleh tahun lalu.

Source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Ekonomi/20100118233037/Article/index_html