UTAMA   KENALI MUKHRIZ   VISI   AKTIVITI TERKINI   BLOG-BLOG MENARIK
Tuesday, 07 September 2010
Will the U.S. fall into a double-dip recession?


MEDIA PETIKAN BERITA | SIARAN AKHBAR | UCAPAN
<September 2010>
SuMoTuWeThFrSa
2930311234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293012
3456789
PETIKAN BERITA

Monday January 18, 2010

Dagang Net Mahu Rumus Rangka Kerja Model ASW Dalam 18 Bulan

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Dagang Net Technologies Sdn Bhd, pengendali Tetingkap Tunggal Kebangsaan (NSW) Malaysia, dijangka memperkenalkan rangka kerja model Tetingkap Tunggal Asean dalam tempoh 18 bulan.

Pengerusinya, Datuk Dr Syed Muhamad Syed Abdul Kadir, berkata beberapa negara anggota Asean berminat untuk mencontohi kejayaan model NSW Malaysia.

"Sekretatriat Asean di Jakarta giat turut serta untuk merealisasikannya. Mereka meminta kita menghasilkan satu model dan kita akan bekerjasama dengan Indonesia terlebih dahulu," kata beliau kepada pemberita di Persidangan Gabungan Asia-Eropah (ASEAL) mengenai Perdagangan Tanpa Kertas yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Syed Muhamad berkata ekoran perbezaan dalam peringkat pembangunan di kalangan 10 negara anggota Asean ini, kemudahan Tetingkap Tunggal Asean ini yang akan memudahkan dan mempercepatkan aktiviti perdagangan di kalangan negara anggota, dijangka menyaksikan kelambatan dari segi pelaksanaan.

Menurut rancangan asal, ASW dijangka dilaksanakan sepenuhnya antara 2012 dan 2015.

Syed Muhamad berkata sehubungan itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mendesak diwujudkan projek perintis ASW dua hala dengan negara-negara yang telahpun mempunyai Tetingkap Tunggal Kebangsaan mereka sendiri.

Menurut perjanjian awal berhubung ASW, setiap negara ahli perlu mempunyai Tetingkap Tunggal Kebangsaannya sendiri sebelum ia boleh mempunyai Tetingkap Tunggal Asean. Setakat ini, hanya enam negara, termasuk Malaysia, mempunyai tetingkap tunggal kebangsaan sendiri.

Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam belum lagi mempunyai tetingkap tunggal kebangsaan sendiri dan pada masa ini sedang bekerjasama dengan Dagang Net untuk membantu mereka merumuskan sistem berkenaan.

NSW Malaysia yang dikenali sebagai "myTradeLink" pada masa ini mengendalikan minimum 120,000 transaksi elektronik setiap hari.

Syed Muhamad berkata sejak September tahun lepas, syarikat telah berusaha meningkatkan ciri-ciri myTradeLink yang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Untuk itu, syarikat telah melabur kira-kira RM18 juta dari segi penambahbaikan sistem dan pekerja tambahan.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh myTradeLink termasuklah eDeclare, ePayment, eManifest, ePermit dan ePreferential Certificate of Origin.

Di antara ciri-ciri tambahan termasuklah penambahan 11 agensi pengeluaran permit di ePermit dari 19 agensi pada masa ini.

Sementara itu, Mukhriz dalam ucapannya berkata pertukaran maklumat Malaysia dengan Indonesia dan Filipina dan kejayaan penyaluran 4,185 Skim Tarif Keutamaan Berkesab Sama Rata (CEPT) ke Indonesia dan 889 CEPT ke Filipina, dilihat sebagai projek perintis ke arah pelaksanaan Tetingkap Tunggal Asean.

-- BERNAMA

Source: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=469111