UTAMA   KENALI MUKHRIZ   VISI   AKTIVITI TERKINI   BLOG-BLOG MENARIK
Tuesday, 07 September 2010
Will the U.S. fall into a double-dip recession?


MEDIA PETIKAN BERITA | SIARAN AKHBAR | UCAPAN
<September 2010>
SuMoTuWeThFrSa
2930311234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293012
3456789
PETIKAN BERITA

Monday January 18, 2010

Dagang Net bakal perkenal Tetingkap Tunggal ASEAN

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Dagang Net Technologies Sdn. Bhd., anak syarikat Time Engineering Bhd., pengendali Tetingkap Tunggal Kebangsaan (NSW) Malaysia, dijangka memperkenalkan rangka kerja model Tetingkap Tunggal ASEAN dalam tempoh 18 bulan akan datang.

NSW merupakan pusat kendalian untuk memproses segala maklumat secara terperinci yang dapat mengurangkan masa menunggu dan kos selain mempercepatkan urusan pelepasan.

Pengerusinya, Datuk Dr. Syed Muhamad Syed Abdul Kadir (gambar) berkata, beberapa negara ASEAN telah menyatakan minat mereka untuk mencontohi kejayaan model NSW di negara ini.

"Sekretariat ASEAN di Jakarta meminta kita menghasilkan satu model NSW itu dan kita akan bekerjasama dengan Indonesia terlebih dahulu," katanya pada Persidangan Gabungan Asia-Eropah (ASEAL) mengenai Perdagangan Tanpa Kertas yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir di sini hari ini.

NSW akan memudahkan Tetingkap Tunggal ASEAN mempercepatkan aktiviti perdagangan di kalangan negara anggota selain dijangka menyaksikan kelambatan dari segi pelaksanaan.

Pelaksanaan itu juga mengambil kira perbezaan dalam peringkat pembangunan di kalangan 10 negara anggota ASEAN di rantau ini.

Menurut Syed Muhammad, NSW pada awal perancangannya mahu dilaksanakan sepenuhnya antara tahun 2012 hingga 2015.

Namun perjanjian awal berhubung NSW menyatakan bahawa setiap negara ahli perlu mempunyai Tetingkap Tunggal Kebangsaannya terlebih dahulu sebelum ia boleh mempunyai Tetingkap Tunggal ASEAN.

Setakat ini, hanya enam negara, termasuk Malaysia, mempunyai tetingkap tunggal kebangsaan sendiri.

Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam belum lagi mempunyai tetingkap tunggal kebangsaan dan pada masa ini sedang bekerjasama dengan Dagang Net untuk membantu mereka merumuskan sistem berkenaan.

Syed Muhamad berkata, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mencadangkan supaya diwujudkan projek perintis NSW dua hala dengan negara-negara yang telah pun mempunyai Tetingkap Tunggal Kebangsaan mereka sendiri.

Malaysia memiliki NSWnya sendiri yang dikenali sebagai myTradeLink pada masa ini mengendalikan sekurang-kurangnya 120,000 transaksi elektronik setiap hari.

Sejak September tahun lepas, syarikat telah berusaha meningkatkan ciri-ciri myTradeLink yang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Syed Muhammad berkata, syarikat telah melabur kira-kira RM18 juta dari segi penambahbaikan sistem dan pekerja tambahan.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh myTradeLink termasuklah eDeclare, ePayment, eManifest, ePermit dan ePreferential Certificate of Origin.

Di antara ciri-ciri tambahan termasuklah penambahan 11 agensi pengeluaran permit di ePermit dari 19 agensi pada masa ini.

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm