| PILIHAN MUKHRIZ.COM |
'Kemereh' sungguh Pas Kedah Wednesday December 14, 2011
SAYA amat tertarik dengan ucapan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir, semasa membahaskan usul ucapan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
Dengan menggunakan loghat Kedah, beliau telah mengistilahkan kerajaan Pas di negeri Kedah sebagai 'kemereh'. Apa yang saya faham, sebagai anak jati Kedah, istilah 'kemereh' bermaksud pendek akal, cakap saja pandai tapi tak pandai buat kerja atau lekeh.
Dahulu semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), Pas Kedah berjanji pelbagai perkara dalam manifesto mereka. Orang tua, orang muda, petani, tok imam, bilal masjid, peniaga dan nelayan akan terbela di bawah tema 'Kedah Sejahtera'. Itulah ceritanya.
Lain pula jadinya selepas berkuasa. Kononnya hampir 82 peratus janji-janji dalam Manifesto 2008 sudah ditunai. Ingat orang Kedah ni bodoh sangatkah hendak ditipu sedemikian rupa?
Saya terpanggil untuk menyenaraikan beberapa perkara untuk menunjukkan betapa 'kemerehnya' kerajaan Pas Kedah yang cakap tak serupa bikin ini. Pelbagai janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya belum ditunai. Antaranya:
* Janji memberi elaun kepada tok imam dan bilal masjid. Sampai sekarang belum beri.
* Janji untuk menubuhkan Institusi Ar-Rahn untuk golongan berpendapatan rendah. Sampai sekarang belum tubuh.
* Janji hendak tambah hasil penternak keli di bawah projek Kedah Agro. Sampai sekarang masih rugi.
* Janji ada Dana Teroka untuk peniaga Bumiputera. Sampai sekarang tidak tahu siapa yang dapat dana tersebut.
* Janji kemungkinan untuk menurunkan caj air demi kebajikan rakyat. Apa yang berlaku ialah rakyat kena bayar bil air di pejabat SADA sahaja. Juga masalah kekurangan air di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan kadar caj air yang berbeza-beza di Kulim High Tech.
* Janji hendak beri perlindungan Takaful kepada warga emas tanpa mengira kaum. Sampai sekarang belum beri.
* Janji hendak membina kemudahan sukan khusus untuk wanita. Sampai sekarang belum bina.
* Janji hendak tingkat aktiviti pelancongan. Yang berlaku adalah kemerosotan pelancong dari luar yang berkunjung ke negeri Kedah.
* Janji henda beri cuti edah selama 30 hari kepada wanita yang kematian suami dan 14 hari untuk suami kematian isteri. Sampai sekarang belum ada berita.
Kalau hendak disenaraikan semua janji, memang banyak lagi. Realitinya, banyak sangat janji yang tidak ditunaikan. 'Kemereh' sungguh kerajaan Pas Kedah!
Yang bertambah di Kedah hanyalah pub, rumah urut, kedai nombor ekor, mesin slot dan pusat karaoke. Balak sebesar betis pun ditebang demi untuk menjana pendapatan kerajaan negeri. Madrasah yang sudah berusia lebih 100 tahun pun hendak diroboh demi hendak membina pusat beli belah.
Saya orang Kedah yang sedar segala penipuan ini, tidak mungkin saya akan mengundi calon-calon Pas di PRU ke-13 nanti. |
| |
|
|
| IN THE NEWS |
Halal Market A Typical Blue Ocean For SMEs, Says Mukhriz
Wednesday
December 28, 2011
Small and medium-sized entrepreneurs (SMEs) should seize the lucrative potentials within the burgeoning global halal market as it is the epitome of the Blue Ocean strategy, Deputy International Trade and Industry Minister Datuk Mukhriz Mahathir says.
>> more |
| |
Mukhriz dan 'salam kalih' di Kedah
Monday
December 26, 2011
PADA tahun 2005 iaitu kira-kira tiga tahun sebelum pilihan raya umum 2008, Kedah yang ketika itu di bawah penguasaan Barisan Nasional (BN) dilanda banjir besar.
Ramai yang mengaitkan banjir berkenaan dengan jatuhnya kerajaan BN pada tahun 2008. Pada tahun lalu Kedah dilanda banjir besar sekali lagi dan kali ini ia berada di bawah pemerintahan Pas.
>> more |
| |
Kerajaan Pas Kedah tetap berkeras
Sunday
December 25, 2011
Kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.
>> more |
| |
More Local Companies Keen To Invest In Malaysia, Says Mukhriz
Friday
December 23, 2011
The era of local companies being more keen to invest overseas has come to an end, says Deputy International Trade and Industry Minister Datuk Mukhriz Mahathir.
He said the companies had seen a lot of excitement in the local economy due to the Economic Transformation Programme and the Entry-Point Projects.
>> more |
| |
| |
| BLOG-BLOG MENARIK |
Pembangkang adalah penjajah era baru - Mukhriz Mahathir
Saturday December 03, 2011
“Sama ada sedar atau tidak, pembangkang adalah alat penjajahan era baru kuasa-kuasa asing.
Mereka ditaja dengan dana besar dan pelbagai bantuan lain bagi menjayakan apa yang diistilahkan sebagai perubahan rejim,” kata wakil Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
>> more |
| |
|